.: One Drop Perfume :.

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
Selamat Datang ke One Drop Fragrance Shoppe. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke One Drop Fragrance Shoppe. One Drop Fragrance Shoppe adalah kedai menjual one drop perfume yang merupakan pati minyak wangi istimewa tanpa alkohol dan mempunyai haruman yang hampir sama dengan jenama antarabangsa. Oleh itu, wangian one drop perfume ini akan kekal lebih lama lagi. Dalam 1 kotak one drop perfume, terdapat 8 botol kecil ( 2.75ml ) berlainan jenis dan bau. Anda boleh memakai haruman yang berlainan setiap dengan hanya RM40.

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan di shoutbox atau emailkan kepada odfragranceshoppe@gmail.com

 

Friday, July 31, 2009

.: Review - Set 4 For Women :.


Salam semua.
Memang niat saya untuk memberikan review kepada setiap produk yang saya jual ini. Oleh disebabkan oleh kekangan masa, baru sekarang entry ni di publish. :) Review yang saya buat untuk set 4, one drop perfume ini, berdasarkan research saya sendiri. Kenapa saya memilih untuk review set 4 ini terlebih dahulu? Sebabnya, set 4 ni saya rasa agak kurang popular kalau dibandingkan dengan set 1 - kotak hijau dan yang terbaru set 5 - kotak putih. Based on this review, you all boleh buat decision kan? :)
Dalam set ini, kita ada 8 jenis wangian yang diinspirasikan daripada banyak 8 orang designer. Jom, kita tengok setiap satu jenis wangian ini :)

1. Diinsprasikan oleh Coco Mademoiselle, Channel

  • Wangian dia lebih kepada bauan flora. Terdapat bauan orange, bergamot, jasmine, rose dan sebagainya.
  • Wangian jenis ini, mempunyai gaya klasik dan romantik
  • Wangian ni boleh dipakai untuk meraikan something special dan romantik. ( Ini sekadar cadangan ye.. Boleh je nak pakai setiap hari... :D )
2. Diinspirasikan oleh Acqua di Gio for Women, Giorgio Armani
  • Wangian ni lebih kepada bauan yang manis-manis dan buah-buahan.
  • Mempunyai gaya kasual dan romantik
  • Sesuai dipakai setiap hari mahupun ketika bercuti.
3. Diinspirasikan oleh Lolita Lempicka, Lolita Lempicka.
  • Wangian ini pula lebih kepada bau akar-akar yang manis or herba-herba. ( My mum suka bau ni.. Mungkin ada yang tak suka.. :D )
  • Wangian ni memberikan bauan yang romantik.
  • Sesuai dipakai untuk meraikan something special. Untuk tujuan peribadi pun boleh.. ( Lagi sekali.. ini hanya sekadar cadangan ye... :P )
4. Diinspirasikan oleh Baby jasz, One Drop Perfuma
  • Okeh, untuk wangian ni, berbau fresh/ segar.
  • Memberikan rasa segar dan aktif.
  • Sesuai pakai untuk tujuan sukan ke or aktiviti lasak. :)
5. Diinspirasikan oleh For Gold for Women, Amouage
  • Wangian ni berbau flora/bunga macma wild rose, lily, jasmin, cedarwood..
  • Memberikan gaya yang klasik dan romantik.
  • Sesuai dipakai untuk tujuan yang istimewa.
6. Diinspirasikan oleh Montana " parfume de peau", Montana
  • Wangian ni campuran daripada blackberry, ginger, jasmin, orange blossom, pepper, amber, leather, marigold etc.
  • Memberi wangian yang agak kuat bagi aku tapi mempunyai gaya yang romantik.
  • Boleh dipakai ketika bersantai.
7. Diinspirasikan oleh Yohji, Yohji Yamamoto
  • Berbau buah.
  • Mempunyai gaya kasual, klasik, dan romantik.
  • Boleh dipakai setiap hari, untuk tujuan special dan tujuan peribadi. :D
8. Diinspirasikan oleh Amariage, Givenchy
  • Daripada buah-buahan segar seperti peach, plum, orange, dan mandarin.
  • Mempunyai gaya romantik dan kasual.
  • Sesuai dipakai pada waktu-waktu yang istimewa.

Okeh. Inilah review saya untuk one drop perfume set 4 nih. Apa yang dapat saya simpulkan, dalam kotak ni, kebanyakan bau adalah bau-bau yang berbentuk romantik. Apa lagi, marila ambil peluang ini untuk mencuba satu.. :)

Nota: Apa yang saya tulis ini, adalah atas usaha saya sendiri dalam mencari maklumat mengenai perfume ini. Sekiranya ada yang ingin mengambil maklumat ini, saya minta anda linkkan blog saya ini ye. Mudah sahaja kan?

0 comments:

Post a Comment

One Drop Fragrance Shoppe Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal